Wednesday, 27 May 2020

DISCOVERY

Hari ni tanggal 27 bulan Mei tahun 2020 aku jumpa balik blog ni yg lama dah ditinggalkan sejak tahun 2013...

Looking back the posts, buat aku sedar yang aku sebenarnya suka menulis.. rasanya lepas last posting aku kat blog ni aku masih menulis tapi dalam satu buku tu. Tapi it was more like a diary lah.. yang mana aku dah tak suka idea ada diary dah sebab aku tulis benda-benda negatif je dalam tu. Bila baca diary tu mashaallah, aku mengutuk orang macamlah aku paling bagus dalam dunia (environment aku lah). Aku tahu lah time aku tulis tu aku tengah marah.. tapi its not even pleasant to read back pon. Benda sekecil kecil perkara pon aku nak marah jadi mungkin sebab tu aku dah stop buat diary tu kot

Tapi...
aku tahu menulis ni adalah salah satu benda yang buat aku release tension atau stress aku. Menulis untuk orang baca juga boleh jadi satu kepuasan sebab yelah sebab kita memberi faedah kepada orang lain. Jadi aku tengah fikir lah kenapa aku berhenti menulis ni.. aku stress tak lepas berhenti menulis? Tak. Sebab aku ada satu treshold ni sebelum aku capai stress yang melampau tu. Tapi lama-lama bila aku telan je semua benda mungkin efek mental aku kot. Sebab aku rasa aku dah tak berfikiran secara kreatif dah. Idea jadi terhad dengan benda aku tahu je.

Jadi..
aku nak try lah menulis dalam blog ni balik. More like a journal. Dah berhabuk bersawang dah blog ni dengan tak updatenya. Kena godek godek balik 'blogger' ni nak tengok update apa je boleh buat. Plus, theme nya kebudak budakan sangat. Harap harap tak hangat-hangat tahi ayam jelah. Selalu nya begitu.. huhuh tapi salah satu sebab aku nak menulis balik ni is aku nak ada mood menulis untuk thesis aku. Ya sekarang aku tengah pursue degree dalam bidang Sains Kognitif. Dah semester akhir ni tapi tertangguh sebab COVID-19 durjana. Posting lain mungkin aku cerita pasal covid ni. Tapi tulah.. aku hilang motivasi dalam nak menyiapkan assignments dan kerja yang berlambak ni. Dan hilang motivasi untuk future aku. Harap harap dengan revivenya blog ni dapat membangkitkan semangat aku balik. Sekian

Diana
Motivated girl wannabe

Sunday, 28 April 2013

Tanah Airku Palestine.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera!
Hari ni Deeno nak kongsikan pasai satu lagu ni. Lagu ni time Deeno nasyid sekolah rendah dulu.[Bolehlah tahan suara den nih] [LOL]

Teringat la kenangan zaman kanak-kanak ribena dulu. [sob sob]
Betapa banyak ujian dan dugaan. Time tu rasa macam berat sangat je sampai terfikir diri manusia paling malang. [sob sob lagi]

Dah besar ni [besar woo] [hohoh] alhamdulillah.. dah tau mana baik mana buruk. Mana yang boleh dijadikan ikutan, mana yang boleh dijadikan pengajaran. [Pernah alami kan? ngaku lah]
Tanpa kita sedar, yang sebenarnya ramai lagi kanak-kanak yang tak pernah lalui zaman kanak-kanak macam kita. Bersyukurlah [alhamdulillah]
Bukan kat Palestine je tau.. Syria, Bangladesh, malah negara kita sendiri pun ade juga..
[Marilah sama-sama hayati lirik lagu nih] walaupun korang tak tau lagunye cam mana. HANTAM sajalah labu~ *wink wink*

"Bertahun ku tersiksa menderita,
dihujani butiran peluru celaka,
tanpa ku dapat melawan semula,
tergadai maruah serta saudara..
Hari-hari menghitung waktu,
saat kematian silih berganti,
tiada lagi suka dan tawa,
hanyalah luahan penuh kecewa...

Mengapa kita masih disini,
bangkitlah wahai barisan pemuda..
Bumi ini terletak haknya,
Tanah ini ada pemiliknya,
Mengapa harus dibiarkan..
Yahudi itu menjajah membinasa,
Bukankah tanah 'itu' milik kita..
Sejarah rasul..
Bantuan bersama!

Ku masih menanti saudaraku seluruhnya,
dengan pegangan yang sama,
membela kami yang terhina,
Menyelamatkan maruah agama.
Biar nyawa jadi gadaian,
Ku tetap akan ke hadapan,
Yakin ku hanya pada Tuhan,
Biarpun seorang tanpa bantuan,
Kerana janji Syurga idaman..."

Bibir Kering?


Assalamualaikum dan selamat sejahtera! Salam 1Malaysia! [LOL]

Giloss lama kan Deeno tak update blog nih..
Memang dah lama terniat nak delete je teruih.. tapi tak sampai hati.. hikhok.
Takpe takpe.. Nak masukkan entry baru jugak! ehehehe




Tajuk entry adalah Bibir Kering!! yeahh [tepuk la sikit~] [hambarnyeeeh]
Kenapa bibir kering? Of coarse!~ Siapa yang kenal Deeno tau la sebab ape KOT! [hashtagpahamsendiri]

Bibir kering ni adalah isu yang sangat SERIUS bagi kaum perempuan tau..
Kenapa? Sebab ia berkaitan dengan self-confidence seseorang tuh.


Sudah kita sedia maklum tentang perempuan@wanita yang sangat sinonim dengan penampilan right?

Walaupun bertudung atau tak penampilan is always the IMPORTANT [OME!~] [pendapat kita jela]



Sudah ku terangkan sebab kenapa bibir kering adalah isu penting kan? Jadi, ku teruskan dengan tujuan utama pula.. [LOL lagi]



Faktor-faktor bibir kering! [Korang kena tau supaya boleh cegah] [mencegah lebih baik daripada mengubati kan? kan?]

-Pencemaran udara serta debu.
-Perubahan suhu yang boleh menyebabkan bibir tidak dapat beradaptasi sehingga bibir menjadi kering serta pecah-pecah.
-Makanan yang terlalu masam atau masin.
-Tabiat merokok, minum kopi berlebihan serta minum alkohol.
-Kurang pengambilan buah-buahan serta sayur-sayuran.
-Kurangnya minum air.
-Menggunakan kosmetik yang bahan-bahan kimianya terlalu kuat atau disebabkan oleh alergi terhadap kosmetik tertentu.
-Menggunakan ubat gigi yang mengandungi detergen berlebihan.
-Tabiat suka menjilat bibir dengan air liur

[haaa.. sentap tak? sentap tak?] hohohoh

Don't worry.. Deeno ade jalan penyelesainnya. Insyaallah membantu. [cilok daripada blog orang lain sebenarnya] [syuuuhhh.. jangan bagitau sesiapa tau] *wink wink*

[cara tradisional]



-Sapukan dua titik madu lebah asli pada bibir setiap malam sebelum tidur dan lakukan setiap hari.

-Sapukan getah pokok sena yang berwarna merah pada bibir yang pecah. Dalam masa dua hari luka akan sembuh.
-Sapukan pati susu pada bibir setiap hari. Bibir akan kelihatan lembut dan kemerahmerahan.
-Bersihkan sepotong halia segar, kupas kulitnya kemudian tumbuk hingga lumat dan perah airnya. Gosokkan -hampas halia tersebut pada bibir untuk bibir yang lebih menawan dan kemerah-merahan.


[selamat mencuba]
Cara tradisional jela yang Deeno boleh bagi.. okay ape? Jimat duit kan? Nak lebih?? Google! [hohohoh]*wink wink*


DISCOVERY

Hari ni tanggal 27 bulan Mei tahun 2020 aku jumpa balik blog ni yg lama dah ditinggalkan sejak tahun 2013... Looking back the posts , buat...